Skip to content
Telah dilihat : 5533 kali

Pencapaian

PENCAPAIAN SEPANJANG 2012

 

 

PJ CITY CYCLEWAYS NETWORK PROJECT : PBT pertama menyediakan laluan basikal dilengkapi dengan kemudahan tempat letak basikal, lampu isyarat 'push button' dan lintasan basikal.Melibatkan laluan sepanjang 56.2km yang menghubungkan semua taman-taman awam utama Petaling Jaya. 5 fasa pelaksanaan yang mengambil kira penglibatan penduduk, kelab & agensi berkaitan. Projek perintis telah dilaksanakan di kawasan Damansara Damai.

 

 

 

 

FOOD BANK : Majlis telah menjadi peneraju dan merupakan PBT pertama di Malaysia melaksanakan projek 'PJ CITY FOOD BANK'. Projek ini telah dilancarkan pada 2 Okt 2012. Berkejasama dengan pihak swasta, pasaraya,kedai bakeri,hotel,restoran,NGO & sukarelawan bagi memberi sumbangan makanan kepada rumah-rumah kebajikan, anak yatim, orang tua dan golongan kurang upaya di Petaling Jaya.

 

 

 

 

LOCAL AGENDA 21 PETALING JAYA : Projek LA 21 adalah yang paling aktif di Malaysia. Sejak tahun 2001, lebih 450KG dan aktiviti telah dilaksanakan bersama  masyarakat dan stakeholder dalam merancang dan  menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan mencapai kualiti yang lebih baik. Sehingga kini, Majlis telah menjalan kerjasama dan perhubungan mesra bersama lebih 100 stakeholders.

 

 

 

 

PROGRAM BANDAR BEBAS HALANGAN : PBT Pertama yang melaksankan projek Bandar Bebas Halangan berdasarkan 4 strategi utama iaitu dengan menubuhkan Jawatankuasa  Teknikal bagi pembangunan kemudahan OKU, 'Area Based Project', menaiktaraf kemudahan sediada agar lebih mesra OKU serta menganjurkan aktiviti & program kesedaran berkenaan OKU. Projek Bandar Bebas Halangan Petaling Jaya dipilih ke peringkat akhir Anugerah CAPAM 2012.

 


 

 

PEMBANGUNAN SEKTOR INFORMAL : PBT Selangor pertama yang memberi Geran Galakan Pembangunan Sektor Informal kepada penjaja seluruh Petaling Jaya.

 

 

 

 

PROGRAM LIVEABLE CITY: PBT Selangor pertama yang berjaya mengadakan conference Liveable City peringkat antarabangsa yang telah menarik minat 260 peserta dalam dan luar negara.

 

 

 

 

PROGRAM BANDAR SELAMAT: Merupakan PBT pertama di Malaysia yang memenuhi kriteria 23 Langkah Program Bandar Selamat dan merupakan peneraju Gis Crime Based Mapping dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

 

 

 

 

PROGRAM PEMANTAUAN PAPARAN IKLAN LUARAN: Petaling Jaya merupakan PBT pertama yang memperkenalkan plate untuk paparan iklan luaran bagi kerja memantau pendirian iklan di Petaling Jaya. Merupakan PBT pertama yang mengadakan sistem yang boleh diakses oleh orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini di Petaling Jaya. Sistem ini juga berfungsi untuk memantau pendirian iklan haram di Petaling Jaya.

 

 

 

 

PROGRAM SISTER CITY : MBPJ telah melaksanakan Program Sister City iaitu kerjasama dua hala dengan bandaraya bandaraya terpilih di dunia ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya berdaya saing. Sehingga kini, Majlis telah mengadakan kerjasama dengan 3 buah bandaraya iaitu:
  •  Bandung, Indonesia
  •  Guangzou, China
  •  Saitama, Jepun

 

 

 

 

PROGRAM SISTER CITY :MBPJ - BANDUNG ; Majlis telah menandatangani "Letter Of Intent" (LOI) di antara Unit Perhubungan Antarabangsa MBPJ dengan Kotaraya Bandung pada 18 Januari 2012 meliputi bidang kerjasama iaitu perniagaan dan pembangunan ekonomi, pelancongan, kebudayaan dan pendidikan.

 

 

 

 

PROGRAM SISTER CITY : MBPJ - GUANGZHOU ; Majlis telah menandatangani "Letter Of Intent" (LOI) di antara Unit Perhubungan Antarabangsa MBPJ dengan Foreign Affair Office Guangzhou pada 24 Ogos 2012.Majlis juga telah menyertai Guangzhou Fair 2012 untuk kali kedua dengan mempamerkan projek-projek pembangunan utama di Petaling Jaya serta kebudayaan kepada pengunjung.

 

 

 

 

PROGRAM SISTER CITY ; MBPJ - SAITAMA,JEPUN : Majlis telah menandatangani "Letter Of Intent" (LOI) di antara Bandaraya Petaling Jaya dengan Miyoshi Town Hall, Saitama Prefecture, Japan. Tujuan surat hasrat ini adalah untuk mempromosikan kehidupan sejahtera, persahabatan dan persefahaman yang baik dan menguntungkan bagi kedua-dua rakyat bandaraya.

 

 

 

 

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR : Majlis menjadi PBT perintis di Malaysia yang menandatangani MOU projek i-Mahir MBPJ bersama giatmara Sdn.Bhd. Pelancaran kad rawatan percuma 'PJ Care' bagi golongan berpendapatan rendah dan OKU di Petaling Jaya juga merupakan rawatan percuma pertama di Malaysia yang dijalankan oleh PBT.

 

 

 

 

PASUKAN KESELAMATAN KEJIRANAN PETALING JAYA : Penubuhan PKKPJ merupakan salah satu tangggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan MBPJ untuk mewujudkan kejiranan selamat dengan menggalakkan penglibatan Persatuan Penduduk dan RUkun Tetangga dalam program-program keselamatan seta lebih peka dengan isu-isu keselamatan tanpa membebankan Pihak Berkuasa Tempatan.