Skip to content
Telah dilihat : 77 kali

PROGRAM MESRA RAKYAT DAN HARI BERTEMU PELANGGAN ERAT KERJASAMA MBPJ DENGAN KOMUNITI SETEMPAT

 

Sekitar 800 orang telah hadir ke Program Mesra Rakyat Zon Bukit Lanjan & Hari Bertemu Pelanggan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berlangsung di Dewan Komuniti Damansara Damai, Petaling Jaya pada hari ini.
Penganjuran program yang bermula seawal jam 7.00 pagi dimulakan dengan Merdeka Fun Walk “Bebas Dadah” adalah seiring dengan matlamat nasional Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada keterangkuman dan kesaksamaan dalam kalangan lapisan masyarakat majmuk khususnya di Petaling Jaya melalui penganjuran aktiviti yang sihat dan bermanfaat kepada komuniti dengan penglibatan rakan strategik.
Antara pengisian Program Mesra Rakyat dan Hari Bertemu Pelanggan kali ini ialah pemeriksaan kesihatan, pameran oleh agensi luar, kaunter perkhidmatan MBPJ dari Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Awam, Kaunter Aduan (SISPA), Kaunter Pengurusan Aduan, Kaunter Lesen, Kaunter Kompaun, pameran PJSSR, pertandingan mewarna, street soccer 3 on 3 remaja lelaki, bola jaring 3 on 3 remaja perempuan, sukaneka, cabutan bertuah, dan lain-lain aktiviti antaranya seperti fun games, sport stacking dan drone simulator oleh Jabatan Belia Negeri Selangor (JBNS).
Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan. Hadir sama, En. Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis Zon 1, En. Chan Pak Keung, Ahli Majlis Zon 2, En. Mohd Ikhshan bin Mohamad Din, Ahli Majlis Zon 4, En. Ruddyansjah bin Mahtar Hams, Pegawai Penerangan Daerah Petaling dan En. Mohamad Rosnani bin Hj. Hamid, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBPJ.
MBPJ kekal komited dalam menerajui kawasan pentadbiran Petaling Jaya ke arah Bandaraya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan (PJSSR) menjelang tahun 2030 melalui kerjasama strategik yang inklusif seiring dengan matlamat Malaysia Madani.
Tahniah dan syabas atas komitmen dan penyertaan komuniti yang amat mengalakkan ini!