Skip to content
Telah dilihat : 325 kali

MBPJ TERIMA DUA ANUGERAH UTAMA SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2023

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menerima dua anugerah utama iaitu  Penghargaan Bandar Paling Mampan  2023 dan Anugerah Penarafan Bandar Pintar- Smart City Early Adopter 2023 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023, yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung pada 9 November yang lalu bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya. 
Penganugerahan ini telah di terima oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Aznan Bin Haji Hassan diiringi oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai-Pegawai Jabatan Perancangan Bandar selaku urusetia program MURNInets dan Smart City.
Anugerah yang diterima ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada seluruh Warga Kerja MBPJ terutamanya pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis kerana sentiasa membantu dalam penyediaan dasar, polisi dan halatuju di dalam aspek Kemampanan Bandar dan Bandar Pintar.
Permarkahan Bandar Mampan ini berdasarkan Pengukuran Bandar Mampan MURNInets yang dinilai berdasarkan 6 dimensi utama iaitu Ekonomi Berdaya Saing, Kualiti Alam Sekitar, Komuniti Sejahtera, Guna Tanah dan Sumber Asli Optimum, Infrastruktur dan Pengangkutan Efisien dan Urustadbir Efektif.   
Bagi Anugerah Penarafan Bandar Pintar- Smart City Early Adopter pula ianya dinilai berdasarkan keputusan penilaian panel penilai Jawatankuasa Penarafan Bandar Pintar telah mengangkat dan memperakukan MBPJ sebagai sebuah Bandar Pintar berdasarkan 10 indikator iaitu City Services Requested Online, Construction Permits Through e-Submission, E-Payment to the City, Online Booking for Public Recreation and Sports Facilities, Digital Survillience Camera, Smart Street Light with Performance System, Refurbished / Newly Installed Street Lighting, Parking Space with e-Payment Systems, Intelligent / Smart Traffic Lights dan Fast Broadband.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan terus beriltizam dalam menawarkan dan memberikan perkhidmatan Bandaraya yang cekap, efisyen dan berkesan selaras dengan ekspektasi tinggi daripada pemegang taruh dan penduduk Petaling Jaya.
MBPJ juga komited merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara serta memberi manfaat kepada rakyat dalam menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
Tahniah  kepada semua warga MBPJ dan penduduk Petaling Jaya

image 1image 2  
image 3image 4  
image 5image 6