Skip to content
Telah dilihat : 5292 kali

Bahagian Pembangunan Bisnes

PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana serta melaporkan status kepada Jawatankuasa Pembangunan Mampan.
  • Menyelaraskan cadangan pembangunan tapak penjaja bagi tanah-tanah Majlis.
  • Membantu Jabatan Penilaian dan Pengurusan harta dalam penyerahan tapak gerai Majlis di dalam bangunan komersil kepada Majlis.
  • Menyelaraskan perlantikan badan pengurusan gerai-gerai Majlis.
  • Memberikan komen teknikal kepada Jabatan Perlesenan bagi cadangan pasar malam/pasar tani/pasar pagi serta lesen-lesen perniagaan yang terlibat.
  • Menjalankan program serta aktiviti bagi memangkin pembangunan perniagaan kecil dan sederhana di Petaling Jaya.

HUBUNGAN ANTARABANGSA

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan Perhubungan Antarabangsa dan membuat pelaporan status kepada Jawatankuasa Pembangunan Mampan
  • Mewujudkan hubungan serta usahasama secara rasmi dan mempromosikan bandaraya Petaling Jaya ke peringkat bandaraya-bandaraya antarabangsa melalui inisiatif Sister City dan Friendly City
  • Menjalankan kajian serta program dari masa ke semasa bagi mengukuhkan hubungan-hubungan dengan bandaraya antarabangsa
  • Menjalankan usaha bagi menyertai usaha serta program di peringkat antarabangsa seperti UNHabitat dsb