Telah dilihat : 70 kali
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN KOMUNITI BERPENGAWAL (GUARDED COMMUNITY) MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Sekitar Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan pembangunan telah menyampaikan taklimat dan mengetuai sesi perbincangan bersama semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan pegawai MBPJ serta agensi berkaitan.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut hadir meluangkan masa untuk mendengar rumusan hasil perbincangan bengkel dan menyampaikan ucapan penutup.
Syabas dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir menjayakan bengkel ini.