Skip to content
Telah dilihat : 5629 kali

Aktiviti Kawalan Pembangunan

 

i.    Pelancaran Garispanduan Pemasangan Paparan Iklan Luaran

img

Majlis Pelancaran buku Garispanduan Paparan Iklan Luaran

oleh Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew.

img

Buku Garispanduan Paparan Iklan

Luaran Petaling Jaya

 

ii.    Kajian Inventori Paparan Iklan Luaran Di Petaling Jaya.

  • Satu bancian berhubung paparan iklan luaran telah dijalankan pada 6 hingga 20 April 2010. Ia bertujuan bagi mendapatkan kedudukan sebenar lokasi paparan iklan luaran di tapak melalui rujukan silang dengan satelit menggunakan alat Global Positioning Systems (GPS).
  • Satu Sistem Maklumat paparan Iklan Luaran dibangunkan bagi memaparkan hasil bancian yang membolehkan orang awam mengetahui status, lokasi, saiz dan lain-lain maklumat berhubung satu-satu paparan iklan dari masa ke semasa. Selain itu sistem ini dibangunkan sebagai bank data bagi mendapatkan maklumat dengan cepat dan membantu membuat keputusan perancangan yang lebih berkesan.                              

img

Sistem Paparan Iklan Luaran

(e iklan) yang dibangunkan.

 

img

Alatan mencerap data iaitu

Garmin Map 76CSX

 

 img

Aktiviti bancian paparan iklan luaran

di sekitar Petaling Jaya

 

 img

Aktiviti bancian paparan iklan luaran

di sekitar Petaling Jaya

 

iii.    Lawatan Kerja Sambil Belajar Oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jabatan Perancangan Pembangunan telah menerima kunjungan pegawai-pegawai daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 6 Mei 2010. Seramai 5 pegawai yang hadir bagi mendengar taklimat berhubung pengurusan iklan/billboard di Petaling Jaya. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zain Azly Abd Rahman, Timbalan Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan di Bilik Inai Merah, Tingkat 2, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

img

 

img 

 

iv.    Lawatan Kerja Sambil Belajar Oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Perancangan Pembangunan telah menerima kunjungan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 28 Julai 2010. Seramai 2 pegawai yang hadir bagi mendengar taklimat berhubung pengurusan iklan/billboard di Petaling Jaya. Taklimat disampaikan oleh Encik Derek Fernandez, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Bilik Inai Merah , Tingkat 2, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

img

img

Sesi taklimat behubung pengurusan iklan/billboard oleh Encik Derek Fernandez, Ahli Majlis MBPJ

 

img

Bergambar dengan peserta lawatan

img

Penyampaian cenderamata oleh

Encik Zain Azly Abd. Rahman,

Timbalan Pengarah Perancangan

Pembangunan kepada perserta lawatan.