Skip to content
Telah dilihat : 120 kali

THE 6TH INTERNATIONAL SUSTAINABLE ENERGY SUMMIT (ISES) 2024

 

20 Ogos 2024, Kuala Lumpur
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menerima jemputan untuk menyertai pameran The 6th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2024 yang dianjurkan oleh pihak SEDA Malaysia dibawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, sebagai rakan strategik MBPJ.
Pihak SEDA telah menawarkan ruang pameran kepada pihak Majlis melalui Jabatan Kawalan Bangunan selaku urusetia kepada Program Pengurusan Tenaga untuk mengadakan pameran berkaitan dengan pengurusan tenaga di bandar Petaling Jaya.
Pameran dan persidangan berlangsung selama 2 hari bermula pada 20 hingga 21 Ogos 2024. Kerjasama diantara MBPJ dengan SEDA Malaysia ini adalah dalam usaha membangunkan Program Pengurusan Tenaga, perlaksanaan standard piawaian MS 1525 dan bangunan rendah karbon. Dengan penyertaan ini memberi satu penanda aras baru kepada Majlis dalam mengorak langkah ke arah mempromosikan bangunan cekap tenaga untuk mencapai hasrat bandar rendah karbon menjelang 2030.