Skip to content
Telah dilihat : 37 kali

PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR (FGD) BERSAMA AGENSI TEKNIKAL SERTA PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI KAJIAN ZON PERLANCONGAN DI PETALING JAYA KE ARAH PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA 2035 (PENGGANTIAN)

Sekitar Perbincangan Kumpulan Sasar (FGD) bersama agensi teknikal serta pihak berkepentingan bagi Kajian Zon Pelancongan di Petaling Jaya ke arah Penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian) yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya hari ini.

Sesi FGD ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Selangor, serta pemegang taruh dari kawasan Petaling Jaya seperti wakil pelabur, pemilik industri, Ahli Majlis dan pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut hadir untuk mendengar hasil perbincangan dan menyampaikan ucapan penutup.
Peserta yang hadir telah memberikan sepenuh komitmen serta memberikan maklumbalas yang konstruktif sepanjang sesi ini berlangsung. Diharapkan data dan maklumat yang dikumpul dapat dimanfaatkan dalam penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035.