Skip to content
Telah dilihat : 8330 kali

Perutusan Pengarah

gambar pengarah

 

  

  

  

  

  

  

 

 

Tuan TPr. Lee Lih Shyan 

Pengarah                                                                                                                                                         

Jabatan Perancangan Pembangunan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

 

 

Terima Kasih Kerana Melayari
"Laman Web Perancangan Pembangunan Petaling Jaya"

Laman web ini menyediakan maklumat terkini mengenai profil Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Laman ini juga memaparkan maklumat perancangan seperti Maklumat Asas Petaling Jaya, Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1, Program Local Agenda 21 Petaling Jaya, Polisi dan Garispanduan serta senarai semak pengemukaan permohonan Kebenaran Merancang.

Ruang forum yang disediakan di laman ini memberi peluang kepada semua pengguna untuk mengemukakan cadangan pembaikan supaya sistem penyampaian dapat ditingkatkan. Kewujudan laman web ini akan menjadi alat untuk membantu menggalakkan proses penglibatan awam di dalam membantu Majlis membuat keputusan perancangan.

Pada masa akan datang laman web ini akan dipertingkatkan bagi membolehkan orang awam terlibat di dalam memberi pandangan dan maklumbalas berhubung cadangan-cadangan pembangunan sedia ada oleh pihak Majlis atau swasta. Dengan ini diharapkan cadangan mewujudkan 'e-participatory planning' di Bandaraya Petaling Jaya akan dapat direalisasikan.

Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Perancangan Pembangunan Petaling Jaya ini dapat memberi manfaat secara langsung kepada semua pengguna.

TPr. Sharipah Marhaini Binti Syed Ali