Skip to content
Telah dilihat : 85 kali

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2024

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Everly Hotel, Putrajaya pagi tadi.

HPBS 2024 bertemakan “Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi” bagi mencerminkan komitmen kerajaan dalam mencapai agenda Pembangunan Mampan dan memenuhi matlamat pembangunan mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) menjelang tahun 2030 yang telah diluncurkan sejak 2015 bersama 192 anggota lain.
Sambutan HPBS 2024 merupakan anjuran bersama di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).
YB KM telah menyampaikan anugerah Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2024 kepada 21 penerima Anugerah Bandar Mampan 2024, 20 penerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2024 dan 10 penerima Anugerah Amalan Perancangan Terbaik 2024.
MUPA merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan komuniti setempat dalam membangunkan persekitaran sama ada di peringkat kejiranan mahupun perbandaran yang lebih berdaya huni dan inklusif di masa hadapan.