Skip to content
Telah dilihat : 22 kali

PERSIDANGAN PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP) SEMPENA PAMERAN INTERNATIONAL GREENTECH & ECO PRODUCTS EXHIBITION & CONFERENCE MALAYSIA (IGEM 2024)

YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya telah hadir ke Persidangan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) Sempena Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2024) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Persidangan yang dijadualkan berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 9 sehingga 11 Oktober 2024 menghimpunkan pelbagai agensi untuk mempromosikan pembangunan lestari dan menangani cabaran perubahan iklim.
Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) telah memilih lima agensi kerajaan yang merangkumi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Projek Rintis Perluasan GGP di Malaysia dengan pemberian watikah lantikan kepada:
????Kerajaan Negeri Sarawak
????Kerajaan Negeri Melaka
????Kerajaan Negeri Johor
????Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
????Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
MBPJ juga turut dijemput untuk menjadi ahli panel sesi dialog bersama kementerian dan agensi di dalam pelaksanaan GGP disektor kerajaan serta menjadi pempamer di bawah ‘Circular Economy Booth’.
Tahniah MBPJ atas pelantikan! ????????????
Semoga bandar raya ini terus melakar kejayaan di masa hadapan.