Skip to content
Telah dilihat : 21 kali

BENGKEL KAJIAN "PETALING JAYA VOLUNTARY LOCAL REVIEW" DAN KAJIAN BAJET BANDAR MAMPAN DAN RESPONSIF GENDER MELALUI PENYERTAAN AWAM BAGI KAWASAN KAJIAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merupakan antara 5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpilih di Malaysia untuk menjadi salah satu kawasan kajian bagi Kajian Bandar Mampan dan Responsif Gender Melalui Penyertaan Awam. Kajian ini merupakan inisiatif Kementerian Ekonomi yang telah memberi satu mandat kepada Urbanice Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bekerjasama dengan Penang Women's Development Corporation (PWDC) untuk menjalankan Kajian Bajet Bandar Mampan dan Responsif Gender Melalui Penyertaan Rakyat Tempatan (GRPB).

GRPB merupakan pendekatan pengagihan belanjawan oleh PBT yang dilaksanakan secara inovatif iaitu melibatkan penyertaan rakyat bagi memastikan pengagihan belanjawan yang dilakukan memenuhi kehendak dan keperluan gender. Kajian ini merupakan salah satu usaha untuk mengatasi isu inklusiviti, ketidaksamaan dan tidak efisyen dalam pengurusan belanjawan di peringkat tempatan supaya proses ini dapat diinstitusikan dan menjadi amalan terbaik semua PBT di Malaysia.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya telah meluangkan masa untuk menghadiri sesi penutup bengkel dan meletakkan harapan terhadap keberhasilan dan rumusan yang baik terhadap kajian ini.
MBPJ terus konsisten melaksanakan penyertaan aktif masyarakat tempatan dalam proses perancangan dan pelaksanaan bajet bandar. Ini termasuk mengadakan sesi dialog, bengkel, dan perbincangan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua peringkat masyarakat, kanak-kanak, belia, lelaki, wanita dan juga OKU.