Skip to content
Telah dilihat : 64 kali

SESI 'FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI KAJIAN POTENSI & HALATUJU PERANCANGAN INDUSTRI SEMIKONDUKTOR DAN HAB PENGANGKUTAN ANTARABANGSA DI PETALING JAYA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Sesi 'Focus Group Discussion' (FGD) bagi Kajian Potensi & Halatuju Perancangan Industri Semikonduktor dan Hab Pengangkutan Antarabangsa di Petaling Jaya dan telah diadakan pada 3hb Oktober 2024 di M Resort & Hotel, dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Matlamat FGD ini adalah untuk mengumpulkan pandangan pemegang taruh dalam industri semikonduktor dan hub pengangkutan antarabangsa bagi mengenal pasti potensi, cabaran dan keperluan pembangunan di Petaling Jaya bagi penyediaan Rancangan Tempatan 2035 (Penggantian).
Sesi FGD meliputi perkongsian dasar, perancangan dan pengalaman oleh pemegang taruh berkaitan industri semikonduktor iaitu daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) dan Syarikat Semikonduktor NXP Malaysia Sdn Bhd. Manakala perkongsian berkaitan hub pengangkutan antarabangsa daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF).
Sesi FGD telah disertai oleh pelbagai pemegang taruh termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Majlis, wakil agensi kerajaan dan syarikat swasta yang berkaitan.