Telah dilihat : 8 kali
Public-Private Partnership for Recycling (3P4R)
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya telah meluangkan masa untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Kumpulan Inovasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Public-Private Partnership for Recycling (3P4R) pada hari ini.
Kumpulan 3P4R akan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024, Colombo, Sri Lanka yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 November 2024.
Kumpulan ini pernah mendapat pengiktirafan Johan Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan), Anugerah Khas Dokumentasi Terbaik dan Anugerah Khas Projek Hybrid Terbaik pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor tahun 2022.
Semoga Kumpulan 3P4R beroleh kejayaan dan membawa pulang Gold Award!