Skip to content
Telah dilihat : 52 kali

MALAYSIA URBAN FORUM (MUF) 2024

5 - 7 OKTOBER 2024

Sekalung tahniah dan syabas buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana telah dinobatkan sebagai 12 pemenang terbaik daripada 42 penyertaan projek dalam anugerah ‘National Scroll of Honour Award for Human Settlements’ (NSOHA) 2024 Settelment (NSOHA) 2024 bertajuk Child Friendly City Petaling Jaya For Greatest Youth Engagement Toward Better Urban Future Peringkat sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2024.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kepada YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya bertempat di Taman Armenian, Georgetown, Pulau Pinang pada 6 Oktober 2024 sempena Malaysia Urban Forum (MUF) 2024 yang turut berlansung pada 5hb-7hb Oktober 2024. Delegasi MUF 2024 ini terdiri daripada Ahli Majlis dan Pegawai- Pegawai MBPJ.
Sempena MUF 2024, Tuan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Perancangan Pembangunan juga telah menerima jemputan untuk membuat 3 pembentangan iaitu Academic Assembly 'Learning City: A Lesson Learned', Special Session 2 ‘Circular Cities: A Transition Towards Sustainability’ dan Roundtable 4 ‘Accessibility And Mobility : A key to an inclusive city’ .
Habitat Sedunia pada tahun 2024 disambut Sempena Malaysia Urban Forum (MUF) merupakan satu program dibawah United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) yang diraikan seluruh dunia, dan turut diraikan di peringkat kebangsaan pada setiap tahun.
Tema sambutan pada tahun ini adalah "Engaging Youth to Create a Better Urban Future" bagi mendukung prinsip no one left behind yang memfokuskan kepada peranan belia dalam pembangunan masa depan bandar yang menepati keperluan pelbagai peringkat masyarakat dengan manfaatkan tenaga, kreativiti dan perspektif mereka.