Skip to content
Telah dilihat : 16 kali

BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) GARIS PANDUAN PEMATUHAN PEMAKAIAN MALAYSIA STANDARD (MS) 1525 SERTA PELAN TINDAKAN BANGUNAN RENDAH KARBON DAN TENAGA LESTARI PETALING JAYA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Sekitar Bengkel Focus Group Discussion (FGD) Garis Panduan Pematuhan Pemakaian Malaysia Standard (MS) 1525 Serta Pelan Tindakan Bangunan Rendah Karbon dan Tenaga Lestari Petaling Jaya yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2024 di Hotel Amari, Kuala Lumpur.

Bengkel yang menghimpunkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan agensi-agensi berkaitan memfokuskan kepada perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pelan tindakan rendah karbon dan tenaga lestari di Petaling Jaya.
Tuan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan merangkap Ketua Thematik Low Carbon City MBPJ telah menyampaikan taklimat mengenai Climate Action Plan Petaling Jaya pada hari pertama bengkel.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut hadir meluangkan masa untuk mendengar rumusan hasil perbincangan bengkel dan menyampaikan ucapan penutup pada petang ini.
Syabas dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir menjayakan bengkel ini.