Skip to content
Telah dilihat : 6534 kali

Moto,Objektif & Fungsi

Moto Jabatan: "Perancangan Kearah Pembangunan Mampan"

Matlamat 

Perancangan Terkehadapan Berteraskan Prinsip Pembangunan Mampan, Mesra Alam, Kesejahteraan Sosial Masyarakat Dan Penglibatan Awam Dalam Proses Membuat Keputusan. 

Falsafah

Mewujudkan bandar maju, makmur, indah, sejahtera, selesa dan selamat untuk didiami.

Objektif

·               Menyediakan Perancangan Gunatanah Jangka Panjang Yang Komprehensif

·               Perancangan Pembangunan Mampan Melalui Pemakaian dan Penguatkuasaan Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172), Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

·               Menggunakan Pendekatan Perundingan dan Penyertaaan Awam Dalam Proses Perancangan dan Pembangunan

·               Mewujudkan kolaborasi dengan Pelbagai Stakeholder Untuk Berkongsi Amalan Baik

·               meningkatkan Hasil Melalui Pembangunan Kawasan, Kutipan Fee, Sewaan dan Kompaun

FUNGSI JABATAN

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN

Unit Kebenaran Merancang

1.       Memproses permohonan Kebenaran Merancang untuk pertimbangan / kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

2.       Membuat semakan bagi penyediaan kemudahan OKU di dalam pelan-pelan pembangunan dan memantau pelaksanaan kemudahan OKU dan pematuhan Garis Panduan CPTED.

3.       Memproses dan memberi kelulusan terhadap pelan permohonan alamat dan pertukaran alamat.

4.       Memberikan ulasan dan teguran terhadap pelan-pelan bangunan dan lesen.

5.       Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Majlis Bantahan Awam.

Unit Tukar Guna Bangunan

1.       Memproses dan memantau permohonan tukar guna bangunan.

Unit Paparan Iklan

1.       Memproses penyewaan tapak paparan iklan luaran.

2.       Menguatkuasakan undang-undang terhadap paparan iklan haram.

Unit Hubungan Antarabangsa

1.       Menyelaras, memberi maklumat dan input di dalam penyediaan program-program Majlis dengan Pihak Berkuasa Tempatan luar Negara yang sediada serta yang mempunyai potensi.

2.       Melaksanakan dan menyelaraskan program-program hubungan antarabangsa bersama PBT luar Negara mengikut Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan.

3.       Mengenalpasti program-program baru serta penambahbaikan ke atas program sediada dengan pihak PBT luar Negara yang sediada dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN RANCANGAN PEMAJUAN

Unit Rancangan Pemajuan

1.       Menyelaras, memberi maklumat dan input di dalam penyediaan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN).

2.       Menyediakan dan membuat pengubahan terhadap Rancangan Pemajuan seperti Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan pelan-pelan tindakan.

3.       Menyediakan Pelan Jangka Panjang 5 Tahun dan pelan pembangunan spatial yang mengandungi aspek fizikal, sosial dan alam sekitar.

4.       Memberi khidmat nasihat kepada pemilik tanah / Jururancang Bandar dari segi Rancangan Pemajuan yang diluluskan.

Unit GIS

1.       Menyedia dan mengemas kini peta asas digital dan maklumat guna tanah Petaling Jaya.

2.       Membangun, melaksana dan mengemas kini projek PJ City GIS - aplikasi sistem maklumat.

3.       Melaksanakan Sistem Pengukuran Petunjuk Mampan Malaysia (MURNInet) MBPJ.

4.       Mengemaskini dan menyelenggara Laman Web Perancangan Pembangunan – PJ City Plan.

BAHAGIAN SMART PJ

Unit PJ Smart Centre

1.       Memaparkan serta memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah pentadbiran MBPJ secara keseluruhan.

Unit Mini Smart Centre

1.       Mengumpul, memasuk, mengintegrasi, mengemaskini dan menganalisa data yang diserahkan oleh setiap jabatan mengikut fungsi dan dashboard  yang telah ditetapkan di dalam Smart, Sustainable And Resilient Petaling Jaya 2030 Framework.

2.       Menjalankan kerja-kerja mendigit, mencerap imej, dan melakukan kerja-kerja lapangan bagi setiap data yang diperlukan bagi menampung keperluan system di dalam Smart, Sustainable And Resilient Petaling Jaya 2030 Framework.

3.       Mengurus hasil analisa data yang diperolehi dari setiap jabatan untuk di hantar ke PJ Smart Centre secara mingguan.

4.       Merupakan agen penghubung di antara Mini Smart Centre Jabatan dengan PJ Smart Centre secara berkala.

5.       Membantu menerangkan secara terperinci setiap fungsi setiap sistem di dalam jabatan mengikut Smart, Sustainable And Resilient Petaling Jaya 2030 Framework.

6.       Mengenalpasti peluang-peluang di dalam pembangunan berorientasikan pengangkutan, dan pertumbuhan semula bagi keseluruhan kawasan Petaling Jaya.

BAHAGIAN INOVASI & KHIDMAT NASIHAT PERANCANGAN

1.       Menyelaras, memberi maklumat dan input dalam program Kumpulan Inovatif Kreatif(KIK) jabatan.

2.       Menyelaras dan melaksanakan program “hebahan” Perancangan kepada semua kakitangan jabatan .

3.       Menjalankan kajian impak keatas program –program yang dilaksanakan oleh jabatan mengikut arahan Ketua Jabatan.

4.       Menghadiri dan Menyelaraskan maklumat (affidavit) berkaitan Kes –kes Lembaga Rayuan Negeri Selangor.

5.       Menyediakan butiran maklumat untuk membantu Bahagian Perundangan dalam menyediakan “Ikatan Dokumen”.

6.       Menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas salahguna bangunan di bawah Akta 133 Seksyen 70 (12).

7.       Menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas salahguna tanah di bawah akta 172.

8.       Menjalankan program-program pemutihan di kawasan Majlis.

9.       Mengambil tindakan ke atas isu-isu semasa berkaitan perancangan dan pembangunan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAMPAN

Unit Pembangunan Komuniti & PJKita

1.       Memantau perlaksanaan dasar-dasar serta garis panduan berkaitan dengan program – program Pembangunan Komuniti.

2.       Menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan isu-isu perancangan pembangunan komuniti  Petaling Jaya.

3.       Mengadakan sesi teach-in, expext talk, forum, rundingan meja bulat, seminar dan bengkel yang berkaitan dengan penyediaan garis panduan dan penyelidikan perancangan Pembangunan Komuniti.

4.       Menyelaras, melaksanakan dan memantau pemakaian dasar dan agenda “Bandar Bebas Halangan” di dalam projek-projek pembangunan majlis dan pihak swasta.

Unit Audit Keselamatan

1.       Mengumpul, dokumentasi Laporan Keselamatan di tempat kerja serta memantau keselamatan dalam pekerjaan di Kawasan pentadbiran Majlis.

BAHAGIAN PERANCANGAN PENGANGKUTAN

Unit Perancangan Pengangkutan Awam

1.       Menilai dan merancang laluan dan keperluan kemudahan pengangkutan awam yang sesuai dan strategik (PJ City Bus, Bas Feeder, BRT, dan berasaskan rel seperti MRT, LRT, Komuter dan laluan ‘tram’).

2.       Memantau dan memastikan semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan Majlis beroperasi dengan baik (PJ City Bus).

3.       Menyediakan dan menguruskan kerja-kerja serta dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bas percuma Majlis seperti :

a.   Statistik ‘ridership’ bas di bawah seliaan Majlis.

b.   Laporan prestasi bulanan bas.

c.   Proses pembayaran operasi bas.

4.       Merancang dan menjalankan kajian – kajian yang berkaitan dengan pengangkutan bandar di Petaling Jaya seperti :

a.    Strategi meningkatkan ‘ridership’ pengangkutan awam.

b. Penambahbaikan tahap kualiti dan kemudahcapaian perkhidmatan pengangkutan awam di Petaling Jaya.

c.  Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu semasa yang timbul berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam Majlis.

Unit Khidmat Teknikal & Pengangkutan Pintar

1.       Mengemaskini Sistem Maklumat Perancangan Pengangkutan PJ (PJ-iTPS).

2.       Menilai setiap permohonan pelan pembangunan dengan membuat perbandingan analisa senario perancangan pengangkutan dan lalulintas  dari masa ke semasa (Pra-Rundingan KM).

3.       Menyediakan rangkaian maklumat pengangkutan, memantau dan membuat penambaikan ke atas sistem rangkaian pengangkutan semasa serta perancangan masa hadapan.

4.       Membangun sistem aplikasi dan teknologi maklumat yang membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Petaling Jaya khususnya dibawah seliaan Majlis.

a.   PJ City Bus Apps.

b.   Bus Tracking System.

5.       Menyediakan platform yang boleh menyalurkan info-info semasa tentang pengangkutan awam dan lalulintas secara ‘real time’ kepada semua lapisan pengguna.

a.   i-Parking.

b.   Akan datang : Smart Pedestrian Signal, Smart Bus Stop.

6.       Menyelaras dan membangunkan sistem maklumat bersepadu yang berkaitan dengan dashboard Pengangkutan untuk PJ Smart Centre.

7.       Mengurus Tabung Pengangkutan Awam.

Unit Pembangunan Prasarana dan Perancangan

1.       Menyediakan dan mengemaskini maklumat untuk Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya.

2.       Menyediakan Pelan Induk Pejalan Kaki dan Basikal berdasarkan piawaian rekabentuk dan garis panduan perancangan serta diintegrasikan dengan rangkaian pengangkutan awam.

3.       Mengkaji dan menyelaras keperluan dan kesesuaian lokasi terminal  dan perhentian bas.

4.       Mengkaji dan menyelaras keperluan dan kesesuaian lokasi perhentian teksi dan kemudahan ‘Park and Ride’.

5.       Merancang dan melaksanakan kerja-kerja membaikpulih, menyelenggara serta membina perteduhan bas.

6.       Melaksanakan dan menguruskan ruang sewaan iklan di perteduhan bas Majlis dan PJ City Bus.

BAHAGIAN PERANCANGAN REKABENTUK BANDAR

Unit Projek Khas

1.               Menyediakan Pelan Konsep Pembangunan Projek Khas Majlis.

2.               Menyediakan Pelan Induk Rekabentuk Bandar Projek Khas Majlis.

3.               Memberi khidmat nasihat dan “site supervision” semasa pelaksanaan Projek Khas Majlis (follow up project-progress).

4.               Menyelaras projek-projek di bawah peruntukan Tabung Akaun Amanah Caj Pemajuan, Tabung Akaun Amanah Pendidikan dan Tabung Akaun Amanah Perkuburan.

Unit Pengurusan Maklumat Asas Petaling Jaya

1.               Mengemaskini maklumat asas Petaling Jaya dan menguruskan permohonan maklumat daripada Jabatan, agensi luar dan perseorangan.

BAHAGIAN PENTADBIRAN

1.               Menjalankan kerja-kerja pengkeranian, surat-menyurat serta penghantaran dokumen.

2.               Menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan dan kebersihan pejabat.

3.               Menguruskan hal-hal berkaitan urusan mesyuarat yang dikendalikan oleh jabatan seperti tempahan bilik mesyuarat, surat jemputan dan percetakan.

4.               Menguruskan segala pesanan dan bekalan serta menyelenggara peralatan pejabat.

5.               Menguruskan hal berkaitan permohonan cuti, disiplin serta latihan bagi kakitangan jabatan.

6.               Menyelaras aktiviti korporat jabatan seperti Star Rating, Key Performance Indicator (KPI), Aktiviti 5S, APPC, AKPBT, MPK, SOP dan sebagainya.