Skip to content
Telah dilihat : 157 kali

LAWATAN TAPAK ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR - SEKTOR AWAM (AINS-SA)

 

Kumpulan Trail Blazers daripada Jabatan Kejuruteraan telah mewakili Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) dan telah layak ke pusingan Lawatan Tapak Anugerah Inovasi Negeri Selangor - Sektor Awam (AINS-SA) yang telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 3 September 2024 (Selasa).
Lawatan Tapak Anugerah Inovasi Negeri Selangor - Sektor Awam (AINS-SA) telah diketuai oleh Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi sebagai ketua panel.
Berikut adalah 8 kumpulan terbaik yang telah membuat pembentangan:-
1. Kumpulan Trailblazers - Majlis Bandaraya Petaling Jaya
2. Kumpulan Revenue - Majlis Bandaraya Subang Jaya
3. Kumpulan Impul - Majlis Bandaraya Shah Alam
4. Kumpulan E-Fastries - Majlis Bandaraya Diraja Klang
5. Kumpulan Work Smart - Majlis Perbandaran Kuala Selangor
6. Kumpulan Cyber Crew - Majlis Perbandaran Sepang
7. Kumpulan Warriors Data - Majlis Daerah Sabak Bernam
8. Kumpulan Ceti - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kumpulan dan berharap momentum pembudayaan inovasi dapat diteruskan dan menjadi pemangkin bagi sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.