Skip to content
Telah dilihat : 49 kali

PELAN TINDAKAN WARGA EMAS PETALING JAYA 2030

 

4 September 2024, Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyediakan Pelan Tindakan Warga Emas Petaling Jaya 2030 yang mengandungi 5 teras utama iaitu Kesihatan, Ekonomi, Sosial & Keselamatan, Pendidikan dan Persekitaran. Pelan tindakan ini akan berfungsi sebagai panduan kepada MBPJ, Agensi Kerajaan, Sektor Korporat, NGO dan Penduduk Petaling Jaya dalam melaksanakan tindakan-tindakan ke arah memperkasakan golongan warga emas dan menyediakan persekitaran yang inklusif dan sejahtera di Petaling Jaya.
Selaras dengan inisiatif tersebut, MBPJ berhasrat untuk menyertai ‘WHO Global Network For Age-Friendly Cities and Communities’ bagi memperluaskan rangkaian kerjasama dan pembelajaran amalan-amalan baik berkaitan ‘Age-Friendly City’ bersama bandar-bandar di peringkat antarabangsa.
Satu perbincangan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura telah diadakan pada semalam bagi mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan kaedah penyertaan dalam ‘WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities’.