Skip to content
Telah dilihat : 73 kali

SMART CITY EXPO WORLD CONGRESS (SCEWC) 2024

 

Smart City Expo World Congress (SCEWC) 2024 telah diadakan di Hangzhou, China pada 25-29 September 2024. SCEWC ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan dan Puan Masitah binti Romlee, Penolong Pengarah (Smart City), Jabatan Perancangan Pembangunan.
Tema bagi Smart City Expo World Congress 2024 di Hangzhou adalah “CONVERGE! Blooming our business in transition”.
SCEWC ini telah mendapat sokongan besar daripada pelbagai organisasi dan institusi antarabangsa. Malahan, ia juga telah mendapat sambutan yang hangat dan penglibatan meluas dengan penyertaan lebih 800 bandar dari 194 buah negara.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berjaya mendapat anugerah bagi 2024 Region Smart City Awards untuk kategori Best Project (X-SDI) Awards. Matlamat anugerah ini adalah untuk menetapkan penanda aras bagi pembangunan bandar Asia dengan memilih dan mengiktiraf projek, perusahaan dan pemimpin yang cemerlang.
Tahniah MBPJ! Semoga bandar raya ini akan terus gemilang dan melakar lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan.