Skip to content
Telah dilihat : 72 kali

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PROGRAM PEMUTIHAN STRUKTUR PEMANCAR TELEKOMUNIKASI DI PETALING JAYA.

 

Bengkel ini merupakan langkah pro aktif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membincangkan strategi, peranan, tindakan dan tempoh masa yang perlu diambil oleh Majlis, YTSB selaku One Stop Agensi (OSA), Pejabat Tanah, agensi-agensi yang berkaitan, syarikat penyedia perkhidmatan dan pemilik tanah bagi memastikan program pemutihan struktur pemancar telekomunikasi tidak berdaftar di Petaling Jaya dapat diselesaikan sebelum 31 Disember 2025 seperti ketetapan oleh Kerajaan Negeri.
Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memaklumkan mengenai dasar dan garis panduan semasa yang digunapakai di peringkat Majlis, cadangan insentif yang ditawarkan kepada pihak syarikat dan juga tindakan penguatkuasaan yang akan diambil sekiranya pihak syarikat masih gagal memberikan kerjasama.
Bengkel yang diadakan pada 10 September 2024 di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI), Infrastruktur Digital dan hadir sama YBhg Tuan Aznan Bin Hj Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya.