Bahagian Pembangunan Bisnes Arkib 2012 - Kemaskini 14-12-2024 -
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KECIL & SEDERHANA
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana serta melaporkan status kepada Jawatankuasa Pembangunan Mampan.
- Menyelaraskan cadangan pembangunan tapak penjaja bagi tanah-tanah Majlis.
- Membantu Jabatan Penilaian dan Pengurusan harta dalam penyerahan tapak gerai Majlis di dalam bangunan komersil kepada Majlis.
- Menyelaraskan perlantikan badan pengurusan gerai-gerai Majlis.
- Memberikan komen teknikal kepada Jabatan Perlesenan bagi cadangan pasar malam/pasar tani/pasar pagi serta lesen-lesen perniagaan yang terlibat.
- Menjalankan program serta aktiviti bagi memangkin pembangunan perniagaan kecil dan sederhana di Petaling Jaya.
HUBUNGAN ANTARABANGSA
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembangunan Perhubungan Antarabangsa dan membuat pelaporan status kepada Jawatankuasa Pembangunan Mampan
- Mewujudkan hubungan serta usahasama secara rasmi dan mempromosikan bandaraya Petaling Jaya ke peringkat bandaraya-bandaraya antarabangsa melalui inisiatif Sister City dan Friendly City
- Menjalankan kajian serta program dari masa ke semasa bagi mengukuhkan hubungan-hubungan dengan bandaraya antarabangsa
- Menjalankan usaha bagi menyertai usaha serta program di peringkat antarabangsa seperti UNHabitat dsb