Skip to content

Program Bandar Bebas Halangan Arkib 2011 - Kemaskini 18-04-2024 -

1. Program bersama OKU Wanita diadakan sempena dengan Sambutan Hari Wanita tahun 2011 pada 27.3.2011 anjuran bersama PEWAKUM, Beautiful Gate dan Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ dan LA 21 PJ.

slide43
slide50

 

2. Program Perjalanan Amal ”Blind Leading The Blind”anjuran bersama Lion Club Daerah Petaling dan MBPJ pada 17.4.2011 bertempat di Tempat Letak kereta awam MBPJ

slide49
slide44

3.    Bengkel Bandar Bebas Halangan Seksyen 13, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

  • Bengkel ini telah diadakan pada 8hb dan 9hb Jun 2010 di Jaya One, Seksyen 13, Petaling Jaya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep ”Bandar Bebas Halangan” terutama bagi mereka yang berkhidmat di sektor teknikal dan memberi pendedahan teknikal tentang keperluan OKU seperti ruang, sirkulasi, dimensi dan sebagainya melalui simulasi serta bengkel. Bengkel ini juga dapat memberi pendedahan secara hands on dalam mengaplikasi konsep ”Bandar Bebas Halangan” ke dalam sesuatu pembangunan.
  • Peserta adalah terdiri daripada Jabatan Dalaman Majlis, Jabatan / Agensi Kerajaan, Sektor Swasta, Badan Ikhtisas / Professional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Dalam usaha menambah pemahaman serta kemahiran teknikal bagi konsep ”Bandar Bebas Halangan”, beberapa modul yang dijalankan terdahulu oleh beberapa universiti tempatan telah diambilkira bagi penyediaan modul yang lebih komprehensif. Antara modul yang dicadangkan adalah seperti berikut:

a.    Bengkel

Peserta akan diberikan pendedahan awal dan pemahaman terhadap konsep ”Bandar Bebas Halangan” di mana taklimat serta kerja berkumpulan akan turut dijalankan.

b.    Simulasi

Peserta akan diberikan pendedahan dari segi kesukaran yang dihadapi oleh warga OKU di bangunan serta taman awam. Pendedahan akan turut menekankan asas teknikal seperti sirkulasi, dimensi dan reruang. Simulasi akan dijalankan disekitar kawasan Seksyen 13.

c.    Hands On

Setelah selesai pendedahan secara teori dan simulasi, peserta akan diberi situasi hands on bagi mengaplikasikan teori serta konsep Bandar Bebas Halangan di dalam pembangunan. Bagi tujuan tersebut, kawasan Seksyen 13 akan dijadikan kawasan kajian.

img

Audit Akses Di Taman Jaya

img

 

img

Audit Akses Sekitar Jaya One, Sek 13

img