Sekitar Sesi Taklimat Cadangan Awal Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) yang telah berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 1, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.
Sesi ini turut dihadiri oleh Y.B. Puan Lim Yi Wei, Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, barisan Ahli-ahli Majlis MBPJ, wakil pemaju serta pemegang taruh berkepentingan.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Perancangan Pembangunan MBPJ, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) yang disampaikan oleh Tuan TPr. Nik Mohd Ruiz bin Mohd Razi, Ketua Perunding.
Untuk makluman, MBPJ sedang melaksanakan Program Publisiti Awal Cadangan Awal di bawah Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) bermula 15 Disember 2025 hingga 16 Februari 2026, bertempat di Lobi Ibu Pejabat MBPJ, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat). Kaunter pameran dan sesi taklimat turut diadakan di beberapa lokasi terpilih.
MBPJ mengalu-alukan penyertaan seluruh komuniti, pemilik tanah dan pemegang taruh untuk mengemukakan pandangan serta cadangan bagi memastikan RTPJ (Penggantian) dirangka secara menyeluruh, inklusif dan mencerminkan aspirasi warga Petaling Jaya.
'???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????ℎ???????????????? ???????????? ????????????????????????'
#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





