Portal Rasmi Perancangan MBPJ
BM | EN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAMPAN DAN PERANCANGAN PENGANGKUTAN

Paparan: 0

1. AGENDA PEMBANGUNAN MAMPAN (SDGs)

  1. Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Mampan di peringkat Petaling Jaya dan Laporan Petaling Jaya Voluntary Local Review (VLR).
  2. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan membuat penilaian terhadap inisiatif pembangunan mampan (Local Agenda 21) di Petaling Jaya dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi, komuniti, sektor swasta dan NGO.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana sesi libat urus bersama komuniti bagi mengenalpasti keperluan dan cabaran dalam pembangunan mampan di peringkat tempatan.
  4. Menjadi urusetia bagi penganjuran Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya.
  5. Menyelaras, mengawal selia dan memantau pengurusan bangunan dan aktiviti The Spine @ PJKita.
  6. Menyelaras dan menyediakan maklumat berkaitan inisiatif pembangunan mampan di Petaling Jaya.
  7. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard Community-PJ.


2. BANDAR SELAMAT

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau tindakan-tindakan di bawah Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya.
  2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Projek Pemutihan Kawasan Blackspot.
  3. Memberi nasihat dan membuat semakan terhadap pematuhan keperluan Rekabentuk Bandar Selamat (CPTED) bagi projek pembangunan di Petaling Jaya.
  4. Memproses permohonan, memantau pelaksanaan dan mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan skim komuniti berpengawal di Petaling Jaya.
  5. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard SmartSafecity-PJ.
  6. Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Bandar Selamat dan Komuniti Berpengawal.


3. BANDAR MESRA USIA

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau tindakan-tindakan di bawah Pelan Tindakan Warga Emas Petaling Jaya 2030.
  2. Menyediakan pelaporan bagi mengekalkan status Petaling Jaya sebagai ahli Global Network for Age-Friendly Cities and Communities.
  3. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard SmartAgeFriendly-PJ.
  4. Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pelan Tindakan Warga Emas Petaling Jaya.


4. BANDAR BEBAS HALANGAN

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau tindakan-tindakan di bawah Pelan Induk Rekabentuk Sejagat Petaling Jaya.
  2. Memberi nasihat, membuat semakan dan menjalankan audit akses terhadap pematuhan keperluan Rekabentuk Sejagat bagi projek pembangunan di Petaling Jaya.
  3. Merancang, menyelaras dan malaksana projek menaiktaraf 23 pusat bandar dengan keperluan Rekabentuk Sejagat.
  4. Menjalankan audit akses dan memberi penarafan kepada bangunan awam dan swasta yang mematuhi keperluan Rekabentuk Sejagat.
  5. Merancang dan menyelaras program pembangunan kapasiti di kalangan UD Team dan pegawai teknikal MBPJ berkaitan Rekabentuk Sejagat.
  6. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard SmartUD-PJ.


5. BANDAR MESRA KANAK-KANAK

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau tindakan-tindakan di bawah Pelan Tindakan Bandaraya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya.
  2. Memberi nasihat, membuat semakan dan menjalankan audit terhadap pematuhan keperluan bandar mesra kanak-kanak bagi projek pembangunan di Petaling Jaya.
  3. Melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam proses perancangan bandar melalui platform Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya.
  4. Mengawal selia, memudahcara dan menyelaras Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya.
  5. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek dan program berkaitan kanak-kanak.
  6. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard ChildFriendlyCity-PJ.


6. BANDAR KREATIF

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau tindakan-tindakan di bawah Pelan Tindakan Bandar Kreatif Petaling Jaya.
  2. Merancang, menyelaras dan memudahcara program bandar kreatif dari kalangan komuniti dan pemain industri.
  3. Mewujudkan kemudahan dan hab seni budaya bagi mempromosikan inisiatif bandar kreatif Petaling Jaya.


7. PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

  1. Merancang, menyelaras dan menjalinkan kerjasama dua hala bersama bandar-bandar antarabangsa dan PBT luar negara melalui hubungan rasmi bandar persahabatan yang melibatkan Memorandum Persefahaman atau Memorandum Tindakan.
  2. Merancang, menyelaras dan melaksana penganjuran program atau pelaksanaan projek bersama bandar persahabatan.
  3. Mempromosikan Petaling Jaya ke peringkat antarabangsa melalui program kerjasama dua hala bersama bandar persahabatan.


8. BANDAR RENDAH KARBON

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Rendah karbon Petaling Jaya 2030.
  2. Mengenalpasti, menyertai dan menyelaras program dan projek bandar rendah karbon di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  3. Menyelaras maklumat berkaitan pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon di Petaling Jaya bagi pelaporan CDP Climate Change.


9. PENGANGKUTAN AWAM

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dan operasi perkhidmatan bas perantara percuma PJ City Bus.
  2. Merancang, menyelaras dan memproses pelantikan bagi penyewaan ruang dalam dan luaran bas PJ City Bus.
  3. Merancang, menyelaras dan mengemaskini maklumat berkenaan rangkaian pengangkutan awam di dalam kawasan Petaling Jaya.
  4. Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan kajian Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya.
  5. Merancang, menyelaras dan melaksana program atau kajian bagi meningkatkan tahap penggunaan pengangkutan awam di Petaling Jaya.


10. PEMBANGUNAN PRASARANA

  1. Merancang, menyelaras, menyelenggara dan memantau pelaksanaan projek menaiktaraf perhentian bas di bawah peruntukan MBPJ, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
  2. Merancang, menyelaras dan memproses pelantikan bagi penyewaan ruang di perhentian bas milik MBPJ.
  3. Membuat semakan terhadap projek pembangunan swasta dan MBPJ berkaitan keperluan penyediaan laluan pejalan kaki dan perhentian bas bagi permohonan Kebenaran Merancang.
  4. Mengkaji, merancang dan menyelaras pelaksanaan projek First Mile Last Mile di 20 lokasi Zon TOD di Petaling Jaya dan kawasan tumpuan.
  5. Memproses permohonan bagi penyediaan kemudahan prasarana berkaitan sistem pengangkutan awam dan mikromobiliti.


11. KHIDMAT TEKNIKAL DAN PENGANGKUTAN PINTAR

  1. Membangun, menyelenggara dan mengemaskini Model Pengangkutan Petaling Jaya (VISUM) yang mengandungi data lalulintas semasa, komited dan perancangan masa hadapan termasuk perancangan jalan raya atau jaringan pengangkutan awam yang terkini.
  2. Membuat semakan dan penelitian, menganalisa dan menyediakan laporan impak lalulintas bagi permohonan pembangunan baru menggunakan perisian simulasi lalulintas (VISSIM).
  3. Merancang, mengkaji dan menyelaras pembangunan sistem dan aplikasi berkaitan pengangkutan awam.
  4. Menyelaras dan memantau penggunaan sistem dan aplikasi sedia ada di bawah seliaan bahagian termasuk aplikasi PJ City Bus dan aplikasi ‘Scan to Ride’.
  5. Menyelaras dan menyediakan maklumat bagi Dashboard Transportation-PJ.