Portal Rasmi Perancangan MBPJ
BM | EN

Forum Dasar Pembangunan Di Petaling Jaya

Paparan: 0

Telah berlangsung Forum Dasar Pembangunan di Petaling Jaya yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya bertempat di Dewan Sivik MBPJ pada 18 Ogos 2025.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para panelis jemputan daripada REHDA Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta moderator daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) atas kesudian berkongsi pandangan, kepakaran dan pengalaman.

Penganjuran forum ini merupakan sebahagian daripada usaha MBPJ mengamalkan pendekatan inklusif dalam perancangan pembangunan serta inisiatif libat urus strategik bagi penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian). Ia juga menjadi wadah penting dalam mendapatkan input dan amalan terbaik daripada pihak profesional sekali gus memperkukuh dasar pembangunan bandar di Petaling Jaya serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan pelaksanaan dasar tersebut.

Forum ini turut menghimpunkan Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai MBPJ, wakil agensi kerajaan, pertubuhan profesional serta rakan industri sebagai pemangkin ke arah pembangunan bandar raya yang mampan, inklusif dan berdaya saing.

'???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????ℎ???????????????? ???????????? ????????????????????????'

#MalaysiaMadani

#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama

#PJBandarPalingBahagiadanMampan

#MajlisBandarayaPetalingJaya

#VisitSelangor2025

20260603115417-hWnI3Sj1CM.jpg20260603115423-j55azOSuCZ.jpg
20260603115432-ERDdbjlZaL.jpg20260603115440-1bHjAyV79S.jpg
20260603115449-lVaFnSLWpf.jpg20260603115503-NvmmufM5sP.jpg