Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan Sesi Perbincangan Kumpulan Sasar (FGD) bagi Kajian Pembaharuan Semula Bandar (Urban Renewal) Petaling Jaya pada 5 Jun 2025 bertempat di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South.
Taklimat berkenaan Kajian Pembaharuan Semula Bandar (Urban Renewal) Petaling Jaya - Konsep Pembaharuan Serta Kriteria Pemilihan telah disampaikan oleh Tuan TPr. Afzal Bin Azhari, Perunding SD Reka Urban Planners and Designers.
Sesi FGD ini telah menghimpunkan Ahli-ahli Majlis, wakil PLANMalaysia Selangor, agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan yang berkaitan.
Fokus utama perbincangan adalah untuk mengenal pasti kawasan berpotensi, menilai kesesuaian pendekatan pembaharuan berdasarkan jenis lokaliti, serta merangka mekanisme pelaksanaan yang efektif bagi memulihara kawasan perbandaran yang usang, terbengkalai dan kurang produktif.
Dapatan kajian ini akan menjadi rujukan utama dalam merangka strategi pembaharuan semula bandar yang lebih menyeluruh dan berkesan selari dengan aspirasi menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya pintar, mampan dan berdaya tahan.
#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





