Portal Rasmi Perancangan MBPJ
BM | EN

PROGRAM JOM NAIK 'PJ CITY BUS' BERSAMA KANAK-KANAK PETALING JAYA

Paparan: 703

4 September 2024, Petaling Jaya

Sekitar Program Jom Naik 'PJ City Bus' Bersama Kanak-kanak Petaling Jaya di bawah inisiatif Child Friendly City dan Learning City dengan kolaborasi bersama Unit Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE) telah berlangsung pada pagi tadi.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha dalam memberi pendedahan dan galakan kepada kanak-kanak di Petaling Jaya tentang penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dengan selamat dan tertib.

Taklimat ringkas mengenai keselamatan jalan raya turut disampaikan oleh En. Mohd Zaim bin Mohd Nor, Penolong Pengarah Unit OSHE.

Tadika/Taska Majlis Bandaraya Petaling Jaya

#MalaysiaMadani

#KitaSelangorMajuBersama

#MBPJ

#PJBandarPalingBahagia

#PBTCemerlang