???????? ???????????? ????????????????, ???????????????????????????????? ???????????????? – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) (Penggantian) di Hotel Sheraton Petaling Jaya sebagai langkah penting memperkukuh perancangan pembangunan bandar raya ini sehingga 10 tahun akan datang.
Bengkel yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya ini menghimpunkan seramai 100 peserta yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Majlis MBPJ, wakil agensi kerajaan serta jabatan teknikal bagi membincangkan kandungan draf RTPJ (Penggantian) yang merangkumi cadangan pembangunan, hala tuju strategik serta perincian kelas guna tanah bagi kawasan Petaling Jaya.
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi memperhalusi cadangan pembangunan sebelum draf RTPJ (Penggantian) dikemukakan ke peringkat Publisiti dan Penyertaan Awam di bawah Seksyen 13, Akta 172, yang dijangka dilaksanakan pada Mei 2026.
Dalam proses penyediaan dokumen ini, MBPJ telah melaksanakan pelbagai sesi libat urus termasuk perbincangan berkumpulan bersasar (FGD/TWG), kajian sektoral serta taklimat bersama wakil rakyat, agensi teknikal dan komuniti sejak tahun 2025 bagi memastikan pelan perancangan yang dirangka bersifat inklusif dan menyeluruh.
MBPJ komited memastikan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) menjadi dokumen rujukan strategik yang mampu memandu pembangunan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang berdayahuni, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan warganya.
‘???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????ℎ???????????????? ???????????? ????????????????????????’
#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





