Portal Rasmi Perancangan MBPJ
BM | EN

Bengkel Penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian)

Paparan: 0

Telah berlangsung Bengkel Penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian) yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya bertempat di Hotel Hatten, Melaka.

Bengkel yang berlangsung dari 20 hingga 22 Ogos 2025 ini bertujuan untuk membentangkan penemuan dan cadangan kajian sektoral kepada pengurusan tertinggi Majlis dan pasukan perunding RTPJ 2035 (Penggantian), Syarikat Rekarancang Sdn. Bhd. Senarai kajian sektoral perancangan pembangunan yang akan menjadi input penyediaan RTPJ 2035 (Penggantian) adalah seperti berikut:

1. Kajian Zon Pelancongan Petaling Jaya

2. Kajian Strategi Perbandaran Petaling Jaya

3. Kajian Pusat Pertumbuhan Bandar Baru Kelana Jaya

4. Kajian Pemberian Insentif Nisbah Plot Maksimum

5. Kajian Pembaharuan Semula Bandar di Petaling Jaya

6. Kajian Hab Pengangkutan Domestik di Petaling Jaya

7. Inventori Pelepasan GHG (Green House Gases) Zon Terpilih Di Petaling Jaya

8. Pelan Perancangan Pembangunan Khusus Kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS)

9. Pelan Induk Pengangkutan Kedua (PIP2.0)

Selain menjadi platform pembentangan, bengkel ini turut berperanan sebagai medan perbincangan inklusif yang menghimpunkan lebih 100 peserta terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk Ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, jabatan teknikal dalaman Majlis, wakil PLANMalaysia Selangor dan wakil Selangor Greater Klang Valley.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam mengamalkan pendekatan inklusif, responsif dan melibatkan pelbagai lapisan dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian).

Secara keseluruhan, bengkel ini telah menyediakan platform libat urus yang berkesan dalam memperkukuh perancangan pembangunan Petaling Jaya. Melalui pendekatan bersepadu ini, penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian) dapat dilaksanakan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya pintar, mampan dan berdaya tahan menjelang 2035.

'???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????ℎ???????????????? ???????????? ????????????????????????'

#MalaysiaMadani

#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama

#PJBandarPalingBahagiadanMampan

#MajlisBandarayaPetalingJaya

#VisitSelangor2025

20260603120737-ZjvZ2NxMeo.jpg20260603120746-6iLY2Suiod.jpg
20260603120758-j0rNui04p0.jpg20260603120855-3cUvDqCdXH.jpg
20260603120830-tu44XyoOSx.jpg20260603120910-PxFFqyTUIH.jpg