BENGKEL DAN SEMINAR ‘LIVEABLE CITIES’ PJ
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Bengkel dan Seminar ‘Liveable Cities’ PJ telah diadakan pada 21 – 22 Julai 2008 di Dewan Banquet, MBPJ.
Bengkel disertai oleh peserta dari sektor awam dan swasta untuk berkongsi idea, cadangan dan aspirasi PJ ke arah ‘liveable city' yang kemudian diterjemahkan ke dalam “The Citizen’s Documentation"
“Citizens’s Documentation” mengandungi 8 Pelan Tindakan “Liveable City” iaitu keselamatan, alam sekitar, ekonomi, pengangkutan awam, bandar bebas halangan, urus tadbir baik, pembangunan komuniti dan penggubalan dasar.
![]() |
Pelan Tindakan Keselamatan
Menambahbaik keselamatan awam berdasarkan strategi meningkatkan interaksi komuniti, program bandar selamat dan mengawal pendatang tanpa izin.
![]() |
Pelan Tindakan Ekonomi
Mewujudkan bandaraya ‘vibrant’, menyediakan peluang perkerjaan, penyediaan ICT, program pembangunan semula, perdagangan dan perindustrian berasaskan teknologi yang bersih serta “Knowledge-based”.
Pelan Tindakan Urus Tadbir Baik
Mewujudkan bandaraya yang mengaplikasikan ketelusan serta urus tadbir yang baik memperkasakan komuniti (community empowerment), nilai-nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban serta menyediakan sistem penyampaian yang cekap.
Pelan Tindakan Penggubalan Dasar
Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang, pengurusan ekonomi serta sumber kewangan dan dasar yang kukuh.
Pelan Tindakan Pembangunan Komuniti
Menjana kekuatan komuniti sebagai kuasa sokongan melalui strategi memberi pendidikan dan latihan serta kesedaran komuniti secara berterusan dan memangkin penglibatan orang awam yang berterusan.
![]() |
Pelan Tindakan
Alam Sekitar
Mewujudkan bandar yang bersih dan persekitaran yang sihat melalui pengurangkan pencemaran karbon, pengurusan sisa pepejal, bandaraya hijau serta mempertingkatkan kebersihan longkang dan sungai.
![]() |
Pelan Tindakan Pengangkutan Awam
Mewujudkan bandaraya yang mempunyai sistem pengangkutan awam bersepadu, efisyen dan terurus.
![]() |
Pelan Tindakan
Bandar Bebas Halangan
Menyediakan perkhidmatan komuniti yang mencukupi, bebas halangan serta mudahsampai kepada semua melalui penyediaan kemudahan secara bersepadu.








