Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini mengumumkan pelaksanaan Publisiti Awal Cadangan Draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) yang akan diadakan mulai 15 Disember 2025 hingga 16 Februari 2026.
Pengumuman tersebut dibuat oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, semasa perasmian Majlis ???????????????? ????????????????????ℎ dan Sidang Akhbar Publisiti Awal Cadangan Draf RTPJ (Penggantian) di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ.
MBPJ telah memulakan penyediaan Draf RTPJ (Penggantian) sejak 11 Jun 2025, dengan keseluruhan proses dijangka siap sehingga pewartaan pada 10 November 2026. Dokumen baharu ini akan menggabungkan RTPJ1 dan RTPJ2 dalam satu pelan komprehensif yang lebih selaras dengan keperluan pembangunan bandar raya masa kini.
Publisiti awal diadakan bagi mendapatkan pandangan awal masyarakat di bawah Seksyen 12A Akta 172, selaras usaha MBPJ memperkukuh hala tuju pembangunan Petaling Jaya sebagai bandar raya inklusif, mampan dan berdaya saing.
Sepanjang tempoh publisiti selama dua (2) bulan ini, MBPJ menyediakan:
- Pameran khas di lobi Ibu Pejabat MBPJ;
- Borang maklum balas untuk pengumpulan cadangan oleh orang ramai;
- Taklimat Cadangan Awal Di Bawah Seksyen 12 Akta 172 bagi Draf RTPJ (Penggantian) pada pertengahan Januari 2026;
- Portal e-Publisiti untuk akses maklumat berkaitan dan memuat turun borang cadangan.
MBPJ menggesa seluruh komuniti, pemilik tanah dan para pemegang taruh untuk tampil berkongsi pandangan agar Cadangan Awal di Bawah Seksyen 12A Akta 172 bagi Draf RTPJ (Penggantian) dapat dirangka dengan lebih komprehensif, progresif dan benar-benar mencerminkan aspirasi warga Petaling Jaya.
'???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????ℎ???????????????? ???????????? ????????????????????????'
#???????????????????????????????????????????????? MajuBersama
#PJBandarPalingBahagiadanMampan
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





