SEMINAR ICT PBT MALAYSIA 2024 Arkib 2024 - Kemaskini 06-01-2025 -
Sekitar Seminar ICT PBT Malaysia 2024 yang berlangsung pada 16 dan 17 Disember 2024 di Dewan Banquet MBPJ. Acara selama dua hari ini mengetengahkan topik “AI and Data-Driven Transformation: For a Smart, Sustainable and Inclusive City Development.”
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya. Turut hadir Tuan Ts. Samsul Bahari bin Nonchi, Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia, En. Ahmad Akhir bin Pawan Chik, Ahli Majlis Zon 15 dan En. Mohd Norfaizal bin Abd. Razak, Timbalan Presiden.
Seminar ini bertujuan menjadi platform perkongsian idea mengenai teknologi terkini antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemain industri ICT selain menggalakkan pertukaran pengalaman antara PBT di seluruh Malaysia.
MBPJ komited untuk terus menyampaikan perkhidmatan terbaik, meneroka teknologi baharu dan berharap penganjuran program ini memberikan manfaat yang signifikan kepada seluruh PBT di Malaysia.