Skip to content
Telah dilihat : 71 kali

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN KOMUNITI BERPENGAWAL (GUARDED COMMUNITY) MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Sekitar Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk membincangkan isu-isu pelaksanaan skim komuniti berpengawal di Petaling Jaya dan seterusnya menambahbaik dan memurnikan garis panduan tersebut mengikut keperluan semasa dan pematuhan undang-undang sedia ada.
TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan pembangunan telah menyampaikan taklimat dan mengetuai sesi perbincangan bersama semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan pegawai MBPJ serta agensi berkaitan.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut hadir meluangkan masa untuk mendengar rumusan hasil perbincangan bengkel dan menyampaikan ucapan penutup.
Syabas dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir menjayakan bengkel ini.