Skip to content
Telah dilihat : 50 kali

MBPJ RANGKUL ANUGERAH MALAYSIA URBAN PLANNING AWARD (MUPA) 2024 SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANG BANDAR SEDUNIA (HPBS) TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAA

PUTRAJAYA, 28 Oktober 2024 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Everly Hotel, Putrajaya pagi tadi.

Bertemakan “Sedaya Upaya Membina Bandar Mampan dan Pintar #DemiPertiwi”, HPBS 2024 merupakan anjuran bersama di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Unit Penyelarasan Lonjakan Pretasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).
Dalam majlis tersebut, YB Tuan Nga Kor Ming turut menyampaikan anugerah Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2024 kepada 21 penerima Anugerah Bandar Mampan 2024, 20 penerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2024 dan 10 penerima Anugerah Amalan Perancangan Terbaik.
Tahniah dan syabas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana telah berjaya merangkul 3 anugerah iaitu Anugerah Bandar Paling Mampan 2024, Anugerah Persekitaran Mesra Kanak-Kanak Terbaik 2024 dan Anugerah Khas Amalan Perancangan Terbaik YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2024. YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya hadir menerima anugerah tersebut.
Hadir sama Tuan Aznan bin Hj. Hassan, Timbalan Datuk Bandar, Tuan Mohd Fauzi bin Maarof, Timbalan Setiausaha Pengurusan dan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan.