Skip to content
Telah dilihat : 38 kali

EKSPO BANDAR MESRA KANAK-KANAK PETALING JAYA

Delegasi Jepun yang diketuai oleh Mr. Isao Hayashi, Datuk Bandar Miyoshi, dibawa membuat kunjungan ke Child Friendly Bus Stop di SMK Assunta, Perpustakaan Komuniti PJKita di Kg. Lindungan serta Inclusive Park di Taman Aman. Delegasi kemudiannya bergerak ke Restoran Meng Yang Two di Kota Damansara, yang merupakan kopitiam mesra kanak-kanak pertama di Petaling Jaya. Restoran ini telah dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan khas untuk kanak-kanak.

Delegasi turut berpeluang menyertai program Petaling Jaya International Youth Leadership Camp (PJIYLC) 2024 di The Spine @ PJKita. Mereka menikmati pengalaman membuat Batik Chanting serta menyaksikan persembahan tarian tradisional. Sebelum pulang, delegasi dibawa ke Pusat Inovasi Kajian dan Pembelajaran Pertanian Bandar MBPJ di Kelana Jaya. Di sana, Tuan Yan Neuhoff dari Green Street Farms menyampaikan taklimat serta mengendalikan 'Tour farm'.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut meluangkan masa menyertai delegasi mengadakan lawatan ke dua buah lokasi pertama.