Skip to content
Telah dilihat : 136 kali

SESI BENGKEL 'TECHNICAL WORKING GROUP' PELAN INDUK PENGANGKUTAN PETALING JAYA 2.0

 

Sekitar Majlis Perasmian Sesi Bengkel 'Technical Working Group' bagi penyediaan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Petaling Jaya 2.0 yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Aznan bin Hj. Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya.
Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan dari pihak agensi teknikal dalaman dan luaran yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing berkaitan dengan sistem pengangkutan dan lalulintas terutamanya di kawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya khususnya.
Bengkel yang diadakan pada 2 Oktober 2024 di Dewan Sivik MBPJ ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi kerajaan, swasta dan NGO berkaitan.