Skip to content
Telah dilihat : 47 kali

Majlis Anugerah MSOSH Ke-42

Petaling Jaya, 11 November 2024 - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatat kejayaan cemerlang dengan merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Gold Merit bagi Organisasi dan Anugerah Presiden daripada Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) sempena Majlis Anugerah MSOSH Ke-42 berlangsung di Hotel Sunway Resort hari ini. MBPJ mendahului senarai penerima anugerah bagi sektor awam.

Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan MBPJ dalam memperkasa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan kakitangannya dan komuniti di Petaling Jaya.
Dalam majlis yang sama, Tuan Hj, Mohammad Zahri Bin Hj. Samingon turut menerima Anugerah Presiden (Presiden Award) yang pertama kali diperkenalkan tahun ini bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang ketua organisasi dalam pelaksanaan polisi dan amalan terbaik aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Majlis Anugerah anjuran MSOSH, pertubuhan terbesar yang menghimpunkan ahli serta pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
MBPJ terus komited dalam melaksanakan dan memperkukuh inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pematuhan dan pelaksanaan program Occupational Safety and Health (OSHE).