Telah dilihat : 31 kali
MBPJ MEWAKILI MALAYSIA KE ASEAN +3 REGIONAL LEARNING CITIES CONFERENCE
En. Ismathinoon bin Hj. Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mewakili Malaysia untuk memenuhi jemputan daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) ke ASEAN +3 Regional Learning Cities Conference.
Persidangan yang berlangsung selama dua (2) hari di Bangkok, Thailand ini menghimpunkan seramai 200 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil negara Asia Tenggara termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam serta tiga negara lain iaitu China, Jepun, dan Republik Korea.
Para perwakilan berkongsi pengalaman, pengetahuan serta inisiatif inovatif untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat serta mencapai matlamat pembangunan mampan di bawah Agenda Pendidikan 2030. Selain itu, ia turut menjadi platform kerjasama serantau dan mewujudkan asas mampan dalam kerjasama dialog bagi mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan bandar pembelajaran UNESCO di negara-negara Asia Tenggara dan Plus 3 (China, Jepun, dan Republik Korea).
Hadir sama sekretariat Program PJ Learning City.