Skip to content
Telah dilihat : 22 kali

500 PELUMBA SERTAI "MBPJ SELANGOR CRITERIUM SERIES 2024 FINALE"

Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan penggemar sukan kriterium apabila 500 orang pelumba dari dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan dalam “MBPJ Selangor Criterium Series 2024 Finale” yang telah berlangsung hari ini di Laman MBPJ.

Penganjuran kejohanan kriterium kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila menyaksikan penyertaan dari luar negara seperti Singapura, Indonesia dan peserta tempatan seperti Terengganu Cycling Team (TSG) dan lain-lain.
Sebanyak tujuh (7) kategori dipertandingkan dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM38,000.00. Selain itu, “MBPJ Selangor Criterium Series 2024 Finale” juga mengadakan perlumbaan BMX Open, BMX Junior dan BMX Women Open.
Acara tumpuan utama adalah Pelepasan Kategori Men A (Elite) yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang berkenan mencemar duli ke program “MBPJ Selangor Criterium Series 2024 Finale”.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dipilih oleh Selangor Youth Community (SAY) buat kali kedua untuk menjalin kerjasama dengan Persatuan Berbasikal Negeri Selangor (PBNS) bagi menganjurkan kejohanan berprestij ini sekaligus mempromosikan bandaraya Petaling Jaya khususnya sebagai sebuah Kota Seni dan Bandar Mampan.