Telah dilihat : 64 kali
HARI KEDUA LAWATAN PENANDAARASAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Hari kedua Lawatan Penandaarasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimulakan dengan kunjungan ke Hentian Bas 'Child Friendly Bus Stop' di SMK Assunta. Delegasi diberi taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif bandaraya mesra kanak-kanak Petaling Jaya oleh Pn. Nazihah binti Jaafar, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan.
Lawatan diteruskan ke Pusat Inovasi Kajian & Pembelajaran Pertanian Bandar MBPJ, Kelana Jaya di mana Tn. Yan Neuhoff dari Green Street Farms bersama Pn. LAr. Nurbaiti binti Abd. Wahab, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Landskap MBPJ telah menyampaikan sesi taklimat dan mengendalikan 'tour farm'.
Delegasi kemudian dibawa ke PJ ECO Recycling PLAZA. Tn. TPr. Zain Azly bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam menyantuni dan membawa delegasi meninjau kawasan sekitar pusat kitar semula tersebut. PJ Eco Recycling Plaza merupakan pusat pembelajaran sehenti untuk kitar semula dan stesen penghantaran untuk mengarkibkan sisa sifar di Petaling Jaya.
Diharapkan lawatan ini memberi inspirasi kepada delegasi DBKK untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan tugas mereka di agensi masing-masing.