Skip to content
Telah dilihat : 56 kali

LAWATAN PENANDAARASAN DBKK KE MBPJ: MEMPERKUKUH KERJASAMA DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK BANDARAYA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke Bangunan Smart Center MBPJ sempena lawatan penandaarasan yang berlangsung pada 12 hingga 13 November 2024.

Seramai 25 ahli delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dan pendekatan strategik MBPJ dalam mengurus pentadbiran bandaraya secara efisien.
Semoga sesi perkongsian ini dapat memberikan manfaat besar dan mencetuskan impak positif, memperkukuhkan usaha kedua-dua pihak dalam membangunkan bandaraya yang lebih mampan dan dinamik.