Skip to content

SESI 'FOCUS GROUP DISCUSSION' (FGD) BAGI PENYEDIAAN KAJIAN PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR, KAJIAN HAB PENGANGKUTAN DOMESTIK DAN PROJEK PENGINDAHAN SUNGAI KAYU ARA Arkib 2024 - Kemaskini 09-12-2024 -

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menganjurkan Sesi ‘Focus Group Discussion’ (FGD) bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, hari ini. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh dan agensi terlibat mengenai tiga inisiatif utama: Kajian Pembaharuan Semula Bandar, Kajian Hab Pengangkutan Domestik, dan Projek Pengindahan Sungai Kayu Ara.

Matlamat FGD adalah mengenal pasti potensi, cabaran, dan peluang pembangunan di kawasan usang dan terbiar di Petaling Jaya yang berpotensi untuk dibangunkan semula. Hasil kajian ini akan menjadi input signifikan bagi penyediaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2035 (Penggantian), yang bertujuan :
i) Menyelaras hala tuju pembangunan agar sejajar dengan dasar kerajaan persekutuan dan negeri.
ii) Menggunakan konsep serta strategi pembangunan terkini untuk mewujudkan bandar yang mampan dan progresif.
iii) Mengenal pasti tapak-tapak berpotensi untuk pembangunan masa hadapan.
Seramai 111 peserta yang terdiri daripada agensi teknikal, profesional perancangan bandar, arkitek, arkitek landskap profesional, Ahli Majlis, wakil Ahli Parlimen, Ketua Jabatan, Pegawai MBPJ
dan mahasiswa Universiti Malaya telah menyumbangkan pandangan mereka.
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya turut hadir untuk mendengar rumusan bengkel dan menyampaikan ucapan penutup.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi FGD ini. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan Petaling Jaya yang lebih mampan dan progresif.