LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG) Arkib 2024 - Kemaskini 13-09-2024 -
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ diketuai Timbalan Pengarah (Kesihatan), Puan Mahzura Binti Mohd Amin telah mengadakan lawatan ke Stor Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang diketuai oleh Dr Muhammad Razif Bin Ramlan, Ketua Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam, Persekitaran dan Pelesenan.
Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi menimba ilmu tentang tatacara pengurusan stor dan penyimpanan bahan kimia yang diuruskan oleh PBT tersebut dalam memastikan stor diuruskan dengan tersusun dan selamat.
Selain itu, tujuan lawatan juga adalah untuk memberi idea baru kepada kakitangan MBPJ dalam meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutama di kawasan stor bahan kimia serta pengurusan yang teratur ke atas Bahan Buangan Terjadual (BBT).
MBPJ juga turut diberi sedikit taklimat dan perkongsian oleh Puan Siti Fatimah Binti Abdul Rahim tentang pengurusan stor, pengurusan bahan kimia dan pengurusan bahan buangan terjadual di stor MBPG. Proses pengkomposan sisa makanan oleh Black Soldier Fly di Pusat Lestari juga turut diterangkan kepada pihak MBPJ.
Diharapkan ilmu yang telah dikongsikan bersama oleh pihak MBPG dapat digunapakai bagi menambahbaik pengurusan stor Unit Kawalan Vektor di Pusat Inovasi Kota Damansara.
|
|
|
|