Portal Rasmi Perancangan MBPJ
BM | EN

SESI ‘TECHNICAL WORKING GROUP’ (TWG) BERSAMA AGENSI TEKNIKAL DAN JABATAN DALAMAN BAGI PENYEDIAAN KELAS KEGUNAAN TANAH, RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA (PENGGANTIAN)

Diterbitkan: 14 Mar 2026
SESI ‘TECHNICAL WORKING GROUP’ (TWG) BERSAMA AGENSI TEKNIKAL DAN JABATAN DALAMAN BAGI PENYEDIAAN KELAS KEGUNAAN TANAH, RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA (PENGGANTIAN)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan 'Technical Working Group' (TWG) bersama agensi teknikal dan Jabatan Dalaman bagi penyediaan Kelas Kegunaan Tanah, Rancangan Tempatan Petaling Jaya (Penggantian) yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya. Turut hadir ialah Tuan TPr. Lee Lih Shyan, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Tuan TPr. Nik Mohd Ruiz bin Mohd Razi, Ketua Perunding RTPJ (Penggantian), wakil agensi teknikal dan jabatan dalaman MBPJ.

Sesi ini merupakan platform penting untuk mendapatkan input teknikal, pandangan strategik serta cadangan praktikal daripada agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh kandungan Jilid 2 RTPJ (Penggantian), khususnya melibatkan Kelas Kegunaan Tanah dan Garis Panduan Kawalan Perancangan.

Penyediaan dokumen ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) sebagai rujukan utama kawalan pembangunan di Petaling Jaya.

Kesemua input dan maklum balas yang diterima akan menjadi asas penting dalam memperhalusi dokumen Rancangan Tempatan agar ia lebih komprehensif, praktikal serta mampu dilaksanakan, sekali gus menyokong pembangunan bandar yang mampan, berdaya tahan dan berfokuskan kualiti hidup warga Petaling Jaya.

MBPJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua wakil agensi teknikal serta jabatan dalaman atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan sesi ini demi memastikan perancangan pembangunan bandar yang tersusun dan berimpak jangka panjang.


#MalaysiaMadani

#PJBandarPalingBahagiadanMampan

#MajlisBandarayaPetalingJaya

#TahunMelawatSelangor2026