Y.B. Dato' Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran (JKSTP) Bagi Cadangan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Seksyen 19, 51 dan 51A Petaling Jaya yang berlangsung di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Turut hadir, YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Aznan bin Hj. Hassan, Timbalan Datuk Bandar, Tuan TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Selangor, barisan ahli jawatankuasa mesyuarat serta wakil-wakil jabatan berkaitan.
Sesi ini menjadi platform penting untuk meneliti cadangan, pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak demi memastikan hala tuju pembangunan bandar raya Petaling Jaya kekal inklusif, mampan dan memberi kesejahteraan kepada komuniti setempat.
#MalaysiaMadaniuBersama
