————————————————————————————————————————————————————————————————————
Majlis Pembentangan Laporan Analisis Rancangan Khas PJU 1, PJU 2, SS dan PJS (RKK)
- Majlis Pembentangan Laporan Analisis Rancangan Khas PJU 1, PJU 2, SS, dan PJS telah diadakan pada 2 Jun 2010 di Dewan Sivik Petaling Jaya.
- Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan berhubung matlamat dan arah tujuan kawasan kajian , proses dan penemuan RKK kepada Persatuan Penduduk Rukun Tetangga, NGO, Ahli Majlis MBPJ dan Jabatan Teknikal MBPJ.
- Hasil pembentangan dan perbincangan akan digunakan sebagai panduan kepada perunding bagi menghasilkan Pelan Cadangan RKK PJU 1, PJU 2, SS dan PJS
- Skop Pembentangan adalah seperti berikut :
a) Penemuan Kajian Reka Bentuk Bandar
b) Penemuan Kajian Impak Lalulintas
c) Penemuan Kajian Infrastruktur & Utiliti
d) Penemuan Kajian Impak Sosial
Majlis Perasmian oleh Ahli Majlis Prof Dr Melasutra Bt Mohd Dali | Sesi penerangan oleh perunding berhubung hasil penemuan kajian awalan RKK PJU 1, PJU 2, SS dan PJS | Pameran berhubung laporan cadangan awalan RKK PJU 1, PJU 2, SS dan PJS | Sesi perbincangan hasil penemuan RKK PJU 1, PJU 2, SS dan PJS |
|